PENTINGNYA MEMAHAMI N P K DALAM PERTUMBUHAN TANAMAN: NITROGEN, FOSFOR, DAN KALIUM
Apa itu NPK? Pernah dengar tentang perkara ini atau tiga huruf ini sebelum ni? Biasanya, NPK tertulis pada kantung baja. Adakah petani sawit atau sayur-sayuran biasa tahu mengenai perkara ini?
Dialog yang biasa berlaku di kedai baja racun, “Ini baja untuk apa?”… “Ini baja subur dengan NPK 15:15:15. Sangat baik.” Tahukah anda, baja untuk tanaman buah mempunyai NPK 12:12:17.” … “Ya, itu baja buah, tapi yang lebih baik mempunyai NPK 20. Berwarna merah. Pernahkah anda mendengar dialog seumpama ini? Ia kerap berlaku di kedai hardware baja racun… Tetapi tahukah anda maksud sebenarnya?
Sekarang, mari kita terangkan dengan lebih lanjut tentang NPK.
NPK merujuk kepada tiga unsur penting bagi pertumbuhan tanaman iaitu Nitrogen, Fosfor, dan Kalium. Ketiga-tiga unsur ini memainkan peranan yang penting dalam keseluruhan kesihatan dan pertumbuhan tumbuhan.
1. Nitrogen (N) adalah unsur penting dalam pertumbuhan tumbuhan. Ia diperlukan untuk sintesis makanan dalam tumbuhan. Kekurangan nitrogen akan menghalang pertumbuhan tumbuhan. Untuk mengenal pasti kekurangan nitrogen, lihat warna daunnya. Jika daun kuning atau tumbuhan terbantut, itu menunjukkan kekurangan nitrogen.
2. Fosfor (P) adalah penting dalam pertumbuhan tumbuhan dari akar hingga buah. Kekurangan fosfor boleh menghalang pertumbuhan tumbuhan. Fosfor juga penting dalam proses fotosintesis.
3. Kalium (K) adalah unsur penting dalam tumbuhan. Fungsi kalium adalah seperti fungsi sel darah merah pada manusia, ia membantu aliran nutrien dan air dalam tumbuhan. Kurang kalium akan menyebabkan masalah aliran nutrien dan air dalam tumbuhan.
Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang NPK, petani dan penanam dapat membuat pilihan baja yang sesuai bagi memberikan nutrien yang mencukupi bagi pertumbuhan tumbuhan dengan sihat dan menghasilkan hasil yang optimum.