Bioliquifert.

Bioliquifert.

icon

Mikrob Bermanfaat Untuk Tanaman Anda

Dengan kehadiran mikrob buruh yang aktif, tanaman anda dapat tumbuh lebih sihat dan menghasilkan hasil yang lebih baik. Mikrob buruh adalah seperti pekerja yang tidak kelihatan tetapi memberikan manfaat besar kepada tanaman anda.

+60 10-659 3253

No. 3-2, Jalan 2/14, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Malaysia

Antibiotik Dari Lalat

“Jika ada seekor lalat yang terjatuh pada minuman kalian maka tenggelamkan, kemudian angkatlah (lalat itu dari minuman tersebut), karena pada satu sayapnya ada penyakit dan pada sayap lainnya terdapat ubat.”
(HR. Al Bukhari Ibn Majah, dan Ahmad)

Dalam situasi diatas apa yang akan berlaku bila kita di restoran sedang berbual – bual, tiba – tiba seakor lalat hinggap di dalam air minuman anda. Tentu kebanyakanya tidak yakin dengan saranan dan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, dan tentu sahaja kita akan minta tukar air.

Atau kalau dah buat pun, mesti kita membayangkan tempat – tempat yang lalat pernah hinggap seperti yang pernah kita biasa lihat di longokan sampah, benda- benda bangkai, atau lebih tragis lagi pada najis-najis yang pernah mereka hinggap, termenung panjang juga la bila cuba nak menelan air teh tarik kita tu. Senang je Allah S.W.T menguji iman kita.

Lalat membawa virus dari banyak penyakit, yang kemudian mencemari makanan, minuman dan tubuh. Penyakit yang diakibatkan oleh virus seperti selsema, campak, gondok, cacar, kutil, demam kuning, penyakit hati menular, beberapa penyakit kelumpuhan, beberapa jenis kanker, dan beberapa penyakit kronis dari sistem saraf pusat termasuk juga multiple sclerosis.

 

M100 Padi

RM65.00
(0)

M100 MULTI

RM65.00
(0)

BioSheild

RM65.00
(0)

RHYZOME

RM65.00
(0)

Thurengo X

RM65.00
(0)

Virus ini juga menyebabkan banyak penyakit dalam haiwan ternakan seperti kambing biri-biri, burung, serta itik yang boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui haiwan yang dijangkiti itu. Sesetengah tanaman seperti kentang, tomato, pisang dan tebu boleh juga dimusnahkan oleh jangkitan virus oleh pembawa lalat ini.

Kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Colorado di Amerika menunjukkan bahawa lalat tidak hanya berperanan sebagai pembawa patogen (penyebab penyakit) saja, tetapi juga membawa mikrobiota (mikrob yang bersimbiosis dgn lalat) jenis Spiroplasma yang bermanfaat. Mikrobiota di dalam tubuh lalat ini berupa sel berbentuk longitudinal yang hidup sebagai parasit di daerah abdomen (perut) mereka.

Untuk melengkapi pusingan hidup mereka, sel ini berpindah ke tubulus-tubulus respiratori dari lalat. Jika lalat dicelupkan ke dalam cairan, maka sel-sel tadi akan keluar dari tubulus ke cairan tersebut.Mikrobiota ini adalah suatu bakteriofag yang tak lain adalah virus yang menyerang virus lain serta bakteria. Virus ini dapat dibiakkan untuk menyerang organisme lain.

 

Dr Mahmud Kamal dan Dr. Muhammad Abdul Mun’in Husain, juga ikut menguatkan topik di atas dengan mengatakan bahwa kajian mengenai masalah ini sudah dilakukan sejak tahun 1871 oleh seorang guru besar di Universiti Hal, Jerman, yaitu Brifeld. Kemudian dilanjutkan oleh beberapa ahli dari beberapa negara, seperti Erneysten dan Cook dari Inggris, yang mengadakan penyelidikan sekitar tahun 1947 sampai 1950. Menurutnya, dengan dicelupkannya lalat ke minuman,  akan menimbulkan tekanan pada sel-sel yang memang sudah ada dalam tubuh lalat. Semakin bertambah kenyal dan akhirnya sel-sel ini pecah. Beberapa enzim yang keluar menyerang kuman penyakit dan memusnahkannya,.seolah-olah ia berfungsi seperti antibiotik.

Apa yang saya nak cuba sampaikan ialah, ada antibiotik yang terbaik terhasil dari celupan sang lalat didalam air, sekiranya virus dan bakteria musnah dalam air yg telah dicelup sepenuhnya sang lalat, ini bermakna hampir semua penawar penyakit yang ada pada manusia binatang dan tumbuhan ada di dalam air minuman yang kita geli untuk meminumnya.

 

Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/569)

Namun begitu jika lalat itu jatuh ke dalam minuman, atau makanan yang cair, maka adalah sunat untuk kita celupkan lalat itu sehingga tenggelam kedua-dua kepaknya kemudian kita membuangnya (Rujuk al-Mu’tamad (1/49). Ini kerana mengikuti petunjuk Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً

Maksudnya: Jika lalat masuk ke dalam minuman salah seorang daripada kalian maka tenggelamkan lalat itu kemudian buanglah, kerana sesungguhnya pada salah satu kepaknya mengandungi racun sedangkan yang satu lagi ada penawar.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3320) dalam al-Sahih

Imam al-Syaukani menyebut:

“Hadis ini dijadikan dalil bahawa air yang sedikit tidak menjadi najis kerana matinya di dalamnya akan haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir, disebabkan tidak dapat dibezakan keadaan haiwan itu antara mati dan hidup.

Itu telah dijelaskan dalam hadis tentang lalat dan kumbang yang dijumpai keduanya oleh Nabi SAW dalam keadaan mati di dalam makanan kemudian Nabi SAW memerintahkan untuk membuangnya, membaca bismillah lalu makan (makanan) itu.

Faedah daripada perintah mencelup seluruh badan lalat di dalam makanan atau minuman itu adalah agar bertemu antara penawar dan penyakitnya, sehingga seimbang bahaya dengan manfaat maka tertolaklah bahayanya.”

Rujuk Nail al-Autar (1/77)

.. perkongsian ..

info

August 2, 2024

Potensi Baja Bio Dalam Dunia Sawit.

  • Post By - haznel
  • 0
  • 694 Views
August 1, 2024

Test Plot pada Tanaman Padi ( Kenapa ?)

  • Post By - haznel
  • 0
  • 1005 Views
July 31, 2024

Sawah subur Keladi Agas

  • Post By - haznel
  • 0
  • 857 Views

.. Soalan lazim ..

Dapatkan jawapan anda

Setiap produk dalam Siri Bioliquifert M100 yang mengandungi bakteria M100 boleh dicampur dengan racun agrokimia atau baja kimia foliar. Sekiranya campuran ialah secara koktel, pastikan produk M100 dimasukkan paling akhir dalam campuran dalam pam penyembur. Campuran hendaklan digunakan serta merta, iaitu disembur terus dan dihabiskan.

Bila botol di buka, produk boleh bertahan selama 6 bulan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
bercakap dengan team kami?
Scan the code
Salam, Hai 👋 apa boleh kami bantu ?