Bioliquifert.

Bioliquifert.

icon

Mikrob Bermanfaat Untuk Tanaman Anda

Dengan kehadiran mikrob buruh yang aktif, tanaman anda dapat tumbuh lebih sihat dan menghasilkan hasil yang lebih baik. Mikrob buruh adalah seperti pekerja yang tidak kelihatan tetapi memberikan manfaat besar kepada tanaman anda.

+60 10-659 3253

No. 3-2, Jalan 2/14, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Malaysia

Pentingnya Memahami NPK dalam Pertumbuhan Tanaman

PENTINGNYA MEMAHAMI N P K DALAM PERTUMBUHAN TANAMAN: NITROGEN, FOSFOR, DAN KALIUM

Apa itu NPK? Pernah dengar tentang perkara ini atau tiga huruf ini sebelum ni? Biasanya, NPK tertulis pada kantung baja. Adakah petani sawit atau sayur-sayuran biasa tahu mengenai perkara ini?

Dialog yang biasa berlaku di kedai baja racun, “Ini baja untuk apa?”… “Ini baja subur dengan NPK 15:15:15. Sangat baik.” Tahukah anda, baja untuk tanaman buah mempunyai NPK 12:12:17.” … “Ya, itu baja buah, tapi yang lebih baik mempunyai NPK 20. Berwarna merah. Pernahkah anda mendengar dialog seumpama ini? Ia kerap berlaku di kedai hardware baja racun… Tetapi tahukah anda maksud sebenarnya?

Sekarang, mari kita terangkan dengan lebih lanjut tentang NPK.

NPK merujuk kepada tiga unsur penting bagi pertumbuhan tanaman iaitu Nitrogen, Fosfor, dan Kalium. Ketiga-tiga unsur ini memainkan peranan yang penting dalam keseluruhan kesihatan dan pertumbuhan tumbuhan.

1. Nitrogen (N) adalah unsur penting dalam pertumbuhan tumbuhan. Ia diperlukan untuk sintesis makanan dalam tumbuhan. Kekurangan nitrogen akan menghalang pertumbuhan tumbuhan. Untuk mengenal pasti kekurangan nitrogen, lihat warna daunnya. Jika daun kuning atau tumbuhan terbantut, itu menunjukkan kekurangan nitrogen.

2. Fosfor (P) adalah penting dalam pertumbuhan tumbuhan dari akar hingga buah. Kekurangan fosfor boleh menghalang pertumbuhan tumbuhan. Fosfor juga penting dalam proses fotosintesis.

3. Kalium (K) adalah unsur penting dalam tumbuhan. Fungsi kalium adalah seperti fungsi sel darah merah pada manusia, ia membantu aliran nutrien dan air dalam tumbuhan. Kurang kalium akan menyebabkan masalah aliran nutrien dan air dalam tumbuhan.

Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang NPK, petani dan penanam dapat membuat pilihan baja yang sesuai bagi memberikan nutrien yang mencukupi bagi pertumbuhan tumbuhan dengan sihat dan menghasilkan hasil yang optimum.

M100 Padi

RM65.00
(0)

M100 MULTI

RM65.00
(0)

BioSheild

RM65.00
(0)

RHYZOME

RM65.00
(0)

Thurengo X

RM65.00
(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
bercakap dengan team kami?
Scan the code
Salam, Hai 👋 apa boleh kami bantu ?